Showing posts with label religious. Show all posts
Showing posts with label religious. Show all posts

24 amalan Nabi

Read by MisY 0 says
Walaupun sudah beribu tahun Baginda pergi meninggalkan kita, namun amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah Baginda masih hidup di kalangan umatnya.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah SAW sepanjang hayatnya dari bangun tidur hinggalah Baginda memejamkan mata. Antara yang kita selalu ambil mudah ialah:

1. duduk seketika selepas solat subuh (sebab kita selalu nak cepat ke pejabat atau terkejar2 nak sediakan breakfast anak2 dan suami)

2. meletak penghadang di depan ketika solat (tujuannya ialah memelihara solat agar solat tak terputus atau terhenti bila ada orang lalu di depan kita.)

3. menunaikan solat sunat di rumah (ada yang rajin buat solat sunat di masjid/surau, tapi malas melakukannya di rumah)

4. Nabi mengunyah 40 kali supaya makanan betul2 lumat supaya senang perut proses makanan (kita pula, makan, 3, 4 kali kunyah, terus telan)

Itu antaranya, ada banyak lagi termasuk keadaan Nabi di luar rumah, dalam rumah. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kehidupan kita.

Al-Quran Salib

Read by MisY 3 says
Salam to all bloggers. Actually I have doubt about publishing this entry. It took me a month to decide 'to publish or not to publish'. Finally I decided to write about it bcoz in my personal judgement, it's my duty to tell all Muslims and it's up to them to draw a conclusion.

This Al-Quran was introduced by a casual acquaintance. It's from Indonesia and called Syaamil Al-Quran. Aku kurang pasti tentang distributor Quran ni. Yang aku pasti, Quran ni dari Indonesia, diluluskan oleh Republik Indonesia. Kalau kat Indon, harganya sekitar RM30 je. Tapi bila dibawa ke sini harganya jadi RM140! Bila ditanya kenapa mahal, jawapannya ialah "Transportation fee, bla... bla.. bla.." At first, aku pun tertarik sebab Al-Quran nie cantik. Ayat2 di dalamnya cukup cantik, jelas dan beserta terjemahan word by word. SubhanaAllah! Tapi malangnya, the beauty of it was tainted!



Lambang salib ni sebenarnya antara nampak dan tak nampak. Dan di dalamnya pula (a few first pages), dihiasi dengan lambang runcing seperti lembing. Setahu aku, lambang-lambang runcing tu selalunya terdapat di pagar2 kubur Kristian dan Yahudi. For those yang pernah tengok The Omen or Hantu Jerut Perut, tentu perasan lambang2 runcing macam lembing tu. Niat aku yang pada mulanya nak beli, terpaksa hold dulu sebab aku nak tanya kepada orang yang lebih pakar tentang Al-Quran. And finally, below are the options yang aku dapat daripada pakar tersebut:

1. Sekiranya kita was2, baiklah jangan beli kerana banyak lagi Al-Quran lain di pasaran esp. buatan Msia.

2. Sekiranya kita sudah terbeli dan rasa was2, janganlah dibuang atau dikoyakkan kerana mengoyakkan Al-Quran sama jugalah seperti kita menghina Al-Quran.

3. Bagi mereka yang berasa was2 tetapi mahu menggunakannya kerana huruf2 serta terjemahannya yang jelas, lambang-lambang salib itu boleh diconteng bagi menutup tanda salib tersebut. Contohnya, lambang salib itu boleh diconteng dijadikan kotak segi empat.

4. Ada yang berpendapat ia sekadar lukisan, hiasan atau corak kreativiti supaya Al-Quran itu kelihatan menarik dan cantik. Tetapi apakah tiada corak lain yang lebih baik untuk dihias pada kulit Al-Quran? Tepuk dada, tanya iman.

5. Dan akhir sekali, musuh2 Islam memang sentiasa ada cara nak kenakan orang Islam. Sama ada cara secara kasar atau secara halus. Jadi kita sebagai orang Islam, kena bijak menilai tipu daya mereka.



Inilah lambang runcing seperti lembing yang dimaksudkan. Frankly speaking, aku memang 100% ragu2 tentang Al-Quran ini. Bukan nak tunjuk pandai atau apa, tapi dengan sedikit pengetahuan yang ada, ia membuat aku berfikir. Lastly, aku tak jadi beli.

Sama macam jersi2 bola yang jadi kegilaan ramai. Kalau diperhatikan betul2, sebenarnya ada lambang salib pada logo team pada jersi. Ini pengalaman aku sendiri. Aku beli jersi Brazil untuk Mukhriz. Masa beli tak perasan, bila dah bawa balik baru aku perasan. Then, apa lagi? Aku pun ambil kain lain, tampal dan jahitkan atas logo tu. Tapi tampalan tu kena creativelah sikit, kalau tak Mukhriz tak nak pakai pulak. Bila tak nak pakai, dah membazir. Membazir tu sahabat siapa? Sahabat syaitan!

Sama juga dengan hiasan2 dalam rumah. Pastikan hiasan yang kita beli tu tak ada unsur2 lambang salib atau susunan hiasan tidak menyerupai salib. Dan aku juga pernah mendengar satu ceramah drpd seorang pakar agama tersohor. Katanya, ramai wanita Islam zaman sekarang suka membeli barang hiasan rumah berbentuk loceng, sama ada windchime, wallpaper, border paper atau hiasan miniature. Sedangkan bentuk loceng itu sendiri merupakan lambang orang Kristian. Lihat saja gereja2nya. Sama ada di luar bangunan, dalam bangunan dan di atas menaranya, pasti akan ada loceng besar.

Dan menurut pakar agama ini lagi, yang paling penting... sejadah yang kita gunakan. If possible, belilah sejadah yang plain and tak meriah warnanya, sebab banyak jin duduk di atas sejadah yang bercorak dan berwarna-warni, sebab tu solat selalu tak kusyuk. Wallahualam...

To my family, friends, relatives and bloggers who was offended by my entry, I'm truly sorry. I did not wish to offend anyone. This is a sense of duty.... a duty as a responsible Muslim.

Assalamualaikum...



Amalan Yang Dilaknat

Read by MisY 0 says
Buku ini dapat dijadikan panduan untuk menjauhi amalan yang dilaknat oleh Allah SWT. Antara amalan yang tanpa kita sedari telah melakukannya sejak berzaman dulu ialah meratapi mayat, mencukur alis mata, tidak berterima kasih kepada suami, tidak memenuhi panggilan solat, etc. To find out more, belilah buku ni.

This is also a must-read book for all Muslims.



Penolak Bala

Read by MisY 0 says
Panduan yang sangat berguna. Buku ini dapat menghindari kita dari terkena bala atau bencana sama ada di dunia ataupun di akhirat. InsyaAllah. Banyak perkara yang kita lakukan, tanpa kita sedari rupanya menjadi amalan penolak bala. Antaranya silaturahim, memuliakan anak yatim, sedekah dan banyak lagi.

Recommend untuk dibaca.


HalalHaram

Read by MisY 0 says
"Kita wajib mengetahui halal dan haram serta sempadan di antara keduanya yakni syubahat (yang diragukan sama ada halal atau haram) - Nor Aini Ramlan, pengarang.

Buku yang mesti dimiliki oleh setiap keluarga Muslim untuk dijadikan panduan.



15 Sebab Turunnya Bala

Read by MisY 0 says
Buku ini menceritakan punca manusia ditimpa bencana. Sebuah buku yang baik untuk memuhasabahkan diri. Semoga kita mendapat manafaat dan pengajaran daripada perkara2 yang menyebabkan turunnya bala.

30 Peristiwa Besar....

Read by MisY 0 says
Kematian ialah sesuatu yang pasti berlaku pada seluruh makhlukNya. Kebenaran dapat dibuktikan setelah kita menempuh saat sesudah mati. Buku ni memang scary. Aku masih ingat lagi... aku baca buku ni masa di surau R&R Machap. Time tu aku berkonvoi ke JB. So sementara menunggu kereta yang lain, aku lepak jap kat surau tu. Keadaan di surau kosong sebab time tu lebih kurang pukul 9 pagi. So, korang bayangkan... aku baca buku ni dalam surau sorang-sorang. Suspens jugak oooo... terutama bila baca bab kejadian sifat malaikat maut! Seram giler, wei.

Aku memang rekomen buku ni 200% untuk dibaca oleh kita semua.


 

Literate Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare