Ajaibnya Sedekah

Read by MisY 0 says
This book was introduced by a family friend to us. 

Sama ada percaya atau tak, sedekah adalah ibadah yang ajaib. Ia adalah ibadah yang tak selari dengan hukum ekonomi moden. Semakin banyak yang dikeluarkan tanpa kepentingan, semakin bertambah pendapatan dan semakin kaya asalkan ia dilakukan dengan cara yang betul.

Namun itulah keajaiban, mukjizat ibadah sedekah yang Allah turunkan kepada muslim yang sanggup bersedekah. Buku ini membicarakan tentang cara meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan melalui bersedekah serta hubung kait antara rezeki dan sedekah antaranya....

...adakah sedekah mampu membantu individu menjadi lebih kaya?
...apakah cara sedekah yang betul? (bab ini ramai yang tersalah sedekah)
...keajaiban sedekah dan teknik mengenal pasti keajaiban tersebut.

Saya percaya, kita sering bersedekah, tapi adakah anda pasti bahawa sedekah anda itu dikira sedekah atau sekadar sumbangan? Anda yang berkata, "Anggaplah sedekah itu ibarat najis, selepas kita membuangnya, kita pasti takkan menoleh untuk melihatnya semula." Carilah jawapannya di dalam buku ini... pasti minda anda akan lebih terbuka mengenai sedekah.




 

Literate Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare