
Lambang salib ni sebenarnya antara nampak dan tak nampak. Dan di dalamnya pula (a few first pages), dihiasi dengan lambang runcing seperti lembing. Setahu aku, lambang-lambang runcing tu selalunya terdapat di pagar2 kubur Kristian dan Yahudi. For those yang pernah tengok The Omen or Hantu Jerut Perut, tentu perasan lambang2 runcing macam lembing tu. Niat aku yang pada mulanya nak beli, terpaksa hold dulu sebab aku nak tanya kepada orang yang lebih pakar tentang Al-Quran. And finally, below are the options yang aku dapat daripada pakar tersebut:
1. Sekiranya kita was2, baiklah jangan beli kerana banyak lagi Al-Quran lain di pasaran esp. buatan Msia.
2. Sekiranya kita sudah terbeli dan rasa was2, janganlah dibuang atau dikoyakkan kerana mengoyakkan Al-Quran sama jugalah seperti kita menghina Al-Quran.
3. Bagi mereka yang berasa was2 tetapi mahu menggunakannya kerana huruf2 serta terjemahannya yang jelas, lambang-lambang salib itu boleh diconteng bagi menutup tanda salib tersebut. Contohnya, lambang salib itu boleh diconteng dijadikan kotak segi empat.
4. Ada yang berpendapat ia sekadar lukisan, hiasan atau corak kreativiti supaya Al-Quran itu kelihatan menarik dan cantik. Tetapi apakah tiada corak lain yang lebih baik untuk dihias pada kulit Al-Quran? Tepuk dada, tanya iman.
5. Dan akhir sekali, musuh2 Islam memang sentiasa ada cara nak kenakan orang Islam. Sama ada cara secara kasar atau secara halus. Jadi kita sebagai orang Islam, kena bijak menilai tipu daya mereka.

Inilah lambang runcing seperti lembing yang dimaksudkan. Frankly speaking, aku memang 100% ragu2 tentang Al-Quran ini. Bukan nak tunjuk pandai atau apa, tapi dengan sedikit pengetahuan yang ada, ia membuat aku berfikir. Lastly, aku tak jadi beli.
Sama macam jersi2 bola yang jadi kegilaan ramai. Kalau diperhatikan betul2, sebenarnya ada lambang salib pada logo team pada jersi. Ini pengalaman aku sendiri. Aku beli jersi Brazil untuk Mukhriz. Masa beli tak perasan, bila dah bawa balik baru aku perasan. Then, apa lagi? Aku pun ambil kain lain, tampal dan jahitkan atas logo tu. Tapi tampalan tu kena creativelah sikit, kalau tak Mukhriz tak nak pakai pulak. Bila tak nak pakai, dah membazir. Membazir tu sahabat siapa? Sahabat syaitan!
Sama juga dengan hiasan2 dalam rumah. Pastikan hiasan yang kita beli tu tak ada unsur2 lambang salib atau susunan hiasan tidak menyerupai salib. Dan aku juga pernah mendengar satu ceramah drpd seorang pakar agama tersohor. Katanya, ramai wanita Islam zaman sekarang suka membeli barang hiasan rumah berbentuk loceng, sama ada windchime, wallpaper, border paper atau hiasan miniature. Sedangkan bentuk loceng itu sendiri merupakan lambang orang Kristian. Lihat saja gereja2nya. Sama ada di luar bangunan, dalam bangunan dan di atas menaranya, pasti akan ada loceng besar.
Dan menurut pakar agama ini lagi, yang paling penting... sejadah yang kita gunakan. If possible, belilah sejadah yang plain and tak meriah warnanya, sebab banyak jin duduk di atas sejadah yang bercorak dan berwarna-warni, sebab tu solat selalu tak kusyuk. Wallahualam...
To my family, friends, relatives and bloggers who was offended by my entry, I'm truly sorry. I did not wish to offend anyone. This is a sense of duty.... a duty as a responsible Muslim.
Assalamualaikum...