2012

Read by MisY
Walaupun ramai teman2 seangkatan aku (meaning housewives) lebih cenderung kepada novel2 cinta, buku2 seni hiasan, tapi aku prefer buku2 yang seperti di bawah. Tajuknya, ya, tak dinafikan macam sci-fi, but actually no.

Aku dah baca 3/4 daripadanya. I found it very interesting sebab...

1. ia merupakan fakta2 yang terdapat dalam Al Quran beserta hadis.
2. cara penulisan penulis yang meletakkan fakta dengan kemas serta bukti2 yang kukuh, membuatkan pembacanya mudah faham tak kira apa bangsa.

Penulisnya, Muhammad Alexander juga penulis buku bestseller Yakjuj & Makjuj. Di dalam buku ini juga mengupas tentang kewujudan Dajal daripada A sampai Z. Bukan hanya fakta kosong tapi beserta hadis2 yang juga menyebut tentang Dajal cuma kita kurang faham apa yang dimaksudkannya sebab bahasa Al Quran sangat halus dan terperinci.

Antara yang ingin aku kongsikan di sini....

1. Dajal akan tinggal di bumi selama 40 tahun. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari dan sehari bagaikan terbakarnya pelepah pohon kurma dalam api.

2. Nabi Muhammad ditanya tentang kelajuan Dajal bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, jawab baginda... "Seperti hujan yang ditiup angin dan tiada bumi yang tak dapat dijejakinya kecuali Mekah dan Madinah."

3. Dajal takut pada asap Dukhan. Apa itu asap Dukhan? (Bacalah terjemahan ayat Ad-Dukhan dalam buku surah2 pilihan. Pasti gerun membacanya.)

4. Ketika asap menyelimuti bumi (tanpa disedari, sudah pun berlaku... fikir2kan)

dan banyak lagi. Kesimpulan buku ini ialah Filem 2012 melawan Al Quran dan Hadis. Aku syorkan belilah buku2 hasil tulisan penulis ini kerana pendekatannya sangat mudah difahami serta berlandaskan dalil2 & hukum2 Islam.












0 says:

Post a Comment

 

Literate Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare