24 amalan Nabi

Read by MisY 0 says
Walaupun sudah beribu tahun Baginda pergi meninggalkan kita, namun amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah Baginda masih hidup di kalangan umatnya.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah SAW sepanjang hayatnya dari bangun tidur hinggalah Baginda memejamkan mata. Antara yang kita selalu ambil mudah ialah:

1. duduk seketika selepas solat subuh (sebab kita selalu nak cepat ke pejabat atau terkejar2 nak sediakan breakfast anak2 dan suami)

2. meletak penghadang di depan ketika solat (tujuannya ialah memelihara solat agar solat tak terputus atau terhenti bila ada orang lalu di depan kita.)

3. menunaikan solat sunat di rumah (ada yang rajin buat solat sunat di masjid/surau, tapi malas melakukannya di rumah)

4. Nabi mengunyah 40 kali supaya makanan betul2 lumat supaya senang perut proses makanan (kita pula, makan, 3, 4 kali kunyah, terus telan)

Itu antaranya, ada banyak lagi termasuk keadaan Nabi di luar rumah, dalam rumah. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kehidupan kita.

 

Literate Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare