khutub khanah baru

Read by MisY 0 says
Khutubkhanah! Ramai generasi kini yang tak pernah mendengarnya. Namanya telah ditransformasikan kepada PERPUSTKAAN kemudian diindahkan lagi dengan gelaran PUSAT SUMBER.
8 Okt 2011.. kami sekeluarga telah ke sini.


Sebaik melangkah ke foyer, kami disambut dengan scenery nie...indah.


Kami meneruskan langkah ke Reading Garden... tentu tempatnya seindah nama.


Wow! Superb! Tergamam saya sekejap. Inilah Reading Garden...ruang membaca kanak2 sebenarnya. Tak pernah sy masuk ke library yg sekreatif ini. Di sini kanak2 bebas bergerak untuk buat apa saja. Maknanya this is a free-flow area. Dont expect tempat ni senyap bcoz it is not. Kerana di sini, ada macam2 ragam.


...ada yg surf Internet menggunakan kemudahan Apple Mac.
Kat sini semuanya Apple Mac! Terima kasih, Tuanku (dana sultan sgor).


...peserta cilik "So You Think You Can Dance" pun ada. So cute! Mereka menari mengikut visual yang dipancarkan.


...ada yang serius buat discussion sambil duduk di lantai...

...ada yang mengambil sudut2 tersorok untuk membaca bersama keluarga.



...ada yang membaca sambil berdiri.


...ada yang jadikan kabinet buku sebagai papan gelungsur...


Ada yang membaca sambil baring terkangkang...


...tak kurang juga yang berangan...

...malah ada parents yang terpaksa memujuk anak turun dari rak buku!


...tak kurang juga yang mentelaah... (exam kan nak dekat ni...)


 ...lebih dahsyat lagi, ada yg nak jadi Spiderman!
Beginilah gelagat kanak2 di Reading Garden nie.


Ini pula Bilik Aktiviti. Kalau tak silap, ada 2 bilik xtvt di sini. Saya suka dengan suasananya, tenang. Oh, terlupa saya! Di dalam Reading Garden ini juga disediakan tandas serta surau.

Nampak tak beg2 yg berterabur atas lantai tu? Itu sebenarnya beg untuk anda masukkan kasut/selipar anda. Jadi tak perlulah anda tinggalkan kasut/selipar di entrance jika takut hilang. Beg tu ada disediakan di kaunter.


Apabila anda melangkah keluar dari Reading Garden, anda akan nampak scenery ini di sebelah kanan anda. Ramai yg  saja lepak2 utk ambil angin di sini. Udaranya nyaman sebab mengadap tasik. So refreshing!

Yang ini pula, area kafe. Ia dibuat open concept. Tapi sy tak sempat nak ke situ sebab ralit dengan kemudahan yang disediakan di sini.


Ini tempat kegemaran saya. Zon ini dihias indah, dindingnya juga tak dibiarkan kosong, tapi diisi dengan lukisan mural yang menarik. Setiap tingkat mempunyai mural yg berbeza.


This is the centre course of the area. Library ni sangat spacious dan menarik! (Tak macam Perpustakaan Awam Negara di Jln Tun Razak tu! Boringgg!) Tempat ni memang best giler (bagi yg suka membaca).


Kat sini, semuanya ada, pilih saja. Nak baca di meja, berdiskas di atas permaidani empuk ataupun saja melepak2 di kerusi bulat transparent.


Keahlian di sini sangat cepat. After sejam mendaftar sebagai ahli, buku sudah boleh dipinjam. Tak macam library lain yg take days baru boleh pinjam.


Di sini kita boleh bawa laptop sendiri. Kalau nak charge, it's FOC.

Tapi kalau nak guna laptop di sini pun boleh, cuma bayar RM1 sejam. Tapi kena ada tahap kesabaran yang sangat tinggi sebab connectionnya sangat slow. :-(  Tengoklah tu... sementara menunggu, ada yang menongkat kepala, ada yang tersandar, ada yang duduk senget sebab punggung dah kebas, yang terlentok macam nak tidur pun ada. Haha!

Cuba perhatikan betul2... setiap ceiling warnanya berbeza, kan? Kenapa ya? Nanti sy ceritakan.


Ada macam2 bentuk kerusi. Tengok, seronok betul adik di belakang tu membaca. Kalau saya, saya dah Zzzzz dalam kerusi tu....

Manusia mati meninggalkan nama....


Ini Zon Remaja mengakses Internet. Tapi banyak juga application yg diblock di sini seperti YouTube & games.


Ini area favourite saya! Gim untuk wanita. Tapi belum dibuka lagi sebab mereka sedang finalize bayaran utk pengguna. Cuma sy harap cermin di zon  ini di tinted kan supaya area ini lebih tertutup.

Tadi saya ada sebut tentang ceiling setiap tingkat berbeza, kan? Sebabnya karpet utk setiap tingkat berbeza warna. Contohnya untuk Zon Rujukan di tingkat 4 ini, karpetnya kelabu. Jadi pantulan cahaya ke ceiling juga berwarna kelabu.


Di Zon Dewasa Dua di tingkat 3 pula, karpetnya berwarna purple...


Di Zon Dewasa Satu tingkat 2, berwarna biru...


Dan di Zon Remaja di tingkat 1, karpetnya merah! 

Dan di tingkat bawah, warna kuning.



Kemungkinan kerusi2 ini disediakan utk merehatkan mata serta minda yg penat membaca.


U-Pustaka ini membolehkan pemimjam memulangkan buku pada bila-bila masa. Bukan saja pemulangan tapi juga pembayaran jika date buku yg dipinjam telah overdue. Very convenient. Dah jadi member U-Pustaka? Saya sudah! Kini ada cara mudah untuk pulangkan buku! I likeeee.... 


Di mesin gelongsor ini juga, anda boleh menyemak status bahan sekiranya ada. Saya cadangkan kepada yg tak tahu nak buat apa time wiken, pergi lar ke PPAS (Perpustakaan Awam Sgor) nie. Bukan saja utk membaca, anda juga boleh donate buku di sini. :-)

Khutubkhanah ini juga menyediakan 3D and 6D theater, ruang OKU, zon ziber, edutainment, bilik taklimat, kedai buku and many more. Jomlah! 




 

Literate Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare